Delcious IcecreamDelcious Icecream

Sunday, 5 January 2014

Syukur..

Syukur,
Tiap yang terlintas di minda ini,
Baik yang terdetik di hati,
Jua apa yang bibir lafazkan,
Pasti Allah kabulkan,
Bakal dipermudahkan.

Syukur,
Cita-cita dan impian,
Harapan serta keinginan,
Bukan sekadar angan-angan,
Bahkan menjadi kenyataan,
Segalanya dikotakan.

Syukur,
Atas segala rahmat-Nya,
Juga kurniaan dari-Nya,
Sungguh tak terhitung,
Langsung tak terbalas,
Limpahan nikmat-Mu ini.

Syukur...

~ Ya Allah, jadikan aku, hamba-Mu yang hina ini seorang insan yang sentiasa bersyukur kepada-Mu.. Terima kasih atas segalanya yang telah Kau berikan kepadaku.. Sungguh, Kau berikan apa yang aku perlu, bukan apa yang aku mahu.. Janji Allah itu pasti.. Moga aku tergolong dalam hamba-hamba Mu yang beriman dan mendapat syurga-Mu.. :')

# Nak kek, dapat kek..
# Nak nasi lemak, dapat nasi lemak..
# Nak nasi ayam, dapat nasi ayam..
# Nak nasi kerabu, dapat nasi kerabu..
# Nak keropok, dapat keropok..
# Nak lolipop, dapat lolipop..
# Nak tengok full moon, dapat tengok full moon..
# Nak tengok sunset, dapat tengok sunset..

Allah~ Sungguh Kau Maha Mendengar.. Apa yang aku inginkan, Kau kabulkan.. 


No comments:

Post a Comment