Delcious IcecreamDelcious Icecream

Friday, 29 November 2013

Gila..

Pada suatu hari yg dingin, (sejuk gile weyh aku ckp.. winter kann? walaupun angin n hujan jee.. pn bleyh laa.. >.<) dalam perjalanan pulang dari kelas....

Dia    :  Eh hana, perasan tak makcik tu td?

Hana :  Makcik mne?

Dia    :  Kt tepi tu.. Dye gelak2..

Hana :  Ntahla.. xperasan plak.. Knpenye?

Dia    :  Td makcik tu, dye gelak.. Pastu org lain semua bt xtau.. Gila ke?

Hana :  Ouh.. Xtau laa..

Dia    :  Isyhh.. Takut laa.. Kat cni byk sgt org gila.. Da byk kali da jumpa..

Hana :  ^_^

~ Dia nii.. Kata nk jd psychiatrist.. Takut plak.. Camane ni.. Hmm.. Tp kan.. At least org gila masuk syurga.. Kita yg sihat dan normal ni blum tentu pn lg.. Tu kelebihan dye kalau nk banding ngn kita.. Kita? Ade akal, otak cerdas tapi still xdpt nk gunakan dgn baik.. Hmm.. Jadi, jangan pernah pandang rendah kt org laen even org gila sekalipun.. Semua org ade kelebihan masing2.. Kita xkn pernah tau.. ;)



Thursday, 28 November 2013

AKU


Aku,
Insan yang kuat,
Punya segalanya,
Bijak, cantik, berilmu,
Itu kata orang,
Benarkah?

Hakikatnya,
Tiada yang tahu,
Di sebalik diri ini,
Tersembunyi pelbagai kisah,
Terkunci rapi di sanubari,
Mencari ruang berselindung.

Aku,
Mungkin tampak teguh,
Namun di saat aku sendiri,
Tangisan mula membasahi,
Rintihan bakal kedengaran,
Menemani malamku.

Aku,
Yang tabah di mata orang,
Hanya insan lemah,
Dengan seribu kekurangan,
Sejuta kepincangan,
Tersungkur jatuh dalam kejahilan.

Aku,
Cuma insan hina,
Hanyut dengan keasyikan dunia,
Sehingga lupa segalanya,
Janji yang dilafazkan saat mula diciptakan,
Dimungkiri begitu saja.

Aku,
Mungkin bisa menipu awam,
Dengan senyuman indah di bibir,
Namun tidak diri ini,
Apa mampu mengukir tawa,
Sedang hati menangis pilu?

Aku,
Insan yang kau anggap kental ini,
Sering kali gugur tangisnya,
Tatkala tiada yang memerhati,
Tewas dengan ujian dari-Nya,
Ini hakikatnya, Aku!

- Selasa -
- 26 November 2013 -
- 10.30 p.m. -

Friday, 22 November 2013

Breaking News !

Tiga hari yang lalu, ade dua org akak senior ni dtg umah hana.. Dyorg tu kwn kpd the only one roommate aka housemate aka  lecturemate hana.. Then, tetibe dyorg pn tnye....

" Eh, korg dua ade dengar tak pasal amaran tsunami kt Mesir?

" Haa?? Bila?? Series arr.. Akak jgn kak.. Malaysia da tau ke? bla3.. " bertubi2 soalan kwn hana tnye.

" Xtaula. Dye just suh berjaga2 la. Sbb baru2 ni ade gegaran 6 skala richter (s.r) kt laut. Kalau tsunami selalunye 7 s.r ke atas. So, kalau ade gegaran lg yg lebih kuat, dlm masa 8 jam (ke 6?) akan ade tsunami. Wallahua'lam.. Korg mmg xtau ehh? Malaysia xtau agy. Akak just da post kt fb akak jela. "

Dengan selambanya hana jawab " Kuat dah 6 s.r tu. "

" Eh xlaa.. Belum lg tu. " " 7 bru kuat.. " " Ha'ah laa hana " See.. Semua dah bersuara.

" Ouhh.. Tak kuat eh. Tp dekat da 7 tu. " Selamba lagi hana.

" Ni kitorg bru tau akak. Nseb baik akak bgtau. Da tu mcm mne ni?  Ktorg kene bt ape? Da la ktorg dekat je dgn laut ni.. Dekat sgt.. " Kawan hana start cuak..

" Urm. Ni bru tau ni. Sepatutnye akak senyap je. Xyah gtau ktorg pn xpe." ^_^ Bertambah selamba nya ayat hana tu. 

Dlm hati berkata-kata mcm menjawab soalan member automatically, " Hana, be prepared.. Mati tu pasti. Bile2 je. Tu semua dah ditentukan. Kite dekat je dgn laut kan? Allah pun dekat.. Dekat sgt.. Kite je yg jauh.. Allah~ "

Then teringat mimpi hana dulu2 waktu kt Malaysia.. Dlm mimpi tu hana ckp " Kalau da ajal nk mati, mati jela.. Kt mne2 pn.. " And actually sebab mimpi tu jugak hana boleh yakinkan dan kuatkan diri hana.. Juga ibu ayah.. Untuk pergi sejauh ni.. :')

Kawan hana ngn 2 org akak senior tu still lg berborak pasal tu.. Bla, bla n bla.. Tp hana, ntah ke mana da pegi.. From the first time akak tu bukak cerite sal tsunami smpaila akhir, hana just diam n senyum.. Cuma tmbh ape yg patut. Lebih banyak bermonolog sendirian. Tp xde pulak rse risau or takut dlm hati berkenaan tsunami tu. Hmm.

Hanya bimbang akan apa yang bakal aku persembahkan di hadapan Dia. Apa yang akan aku bawa menemui-Nya saat roh dan jasad tidak lagi bersatu. Sememangnya mampukah aku untuk bersua dengan-Nya. Layakkah aku, insan hina ini? 

Ya Allah, kau ampunilah semua dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dan dosa sekalian umat manusia.. Jadikan aku seorang anak yang solehah, seorang hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa, seorang pelajar yang berjaya di dunia dan di akhirat. Kurniakan aku cinta-Mu, ya Rabb.. Hanya cinta-Mu dan juga rasul-Mu.. Sekiranya kau ambil nyawaku ini, kau akhirilah hidupku dengan sebaik-baik pengakhiran. Matikanlah aku dalam iman.. Amiiin.. :'(



~ Housemate hana ade cakap yg lepas ni mmg xla nk g tgok laut da.. No ! Please don't.. That is one of the place where I find the ease.. Tenang.. Sangat2.. Hayati dan nikmati keindahan ciptaan Dia buat hana rasa dekat dengan Dia.. Tu salah satu cara hana.. Urm.. :(

P/s : Post di bawah ini tiada kaitan dengan anda semua. Sila abaikan dan kalau boleh lupakan. *winkwink :3 Dear You, The Story Of Us btul ek? Hmm.. Tapela.. At least kalau hana xde, ade org bleh tlg sambungkan.. ;)

Sunday, 17 November 2013

Thanks for Everythings & Sorry for Something

Assalamualaiki....

"Krik.... Krikk... Krikkk..."

For:  Hanna Aqila Binti Ahmad Baqir.
Nric: 951116 06 ****



Selamat Hari Lahir ke 18 diucapkan kepada Wardah-ku...
Semoga panjang umur, murah rezeki...
Semoga Hana sentiasa berada didalam rahmat, bimbingan, perlindungan, dan Cinta Allah <3

Ya Allah jadikanlah Hanna Aqila seorang anak yang solehah, yang tabah, yang gigih belajar dan berusaha, dan yang dikurniakan kejayaan olehmu dengan Cinta-Mu, Ya Allah, tetapkan didalam hatinya ketauhidan yang Tinggi kepada-Mu, Kecintaan yang tidak berbelah bagi kepada Rasul-Mu, Ya Allah, Istiqomahkan lah Hanna Aqila-ku ini dengan kegigihan usaha, ketaatan kepada kedua-ibu bapanya, dan keberlangsungannya mengucapkan kata-kata cinta kepada-Mu dan Rasul-Mu(Dzikir). Ya Allah, gembirakanlah dia dikala hatinya meronta kesedihan, ceriakanlah wajahnya disaat dia murung. Ya Allah, tiada yang sentiasa menemani malam dan siangnya melainkan diri-Mu, tiada yang melindunginya di setiap saat melainkan-Mu, tiada yang membantunya disetiap waktu melainkan diri-Mu, oleh itu Ya Allah, Temanilah Wardahku ini disetiap malam dan siangnya, Lindungilah Pelangiku ini disetiap saatnya, Bantulah Bintangku ini disetiap waktu kehidupannya. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku yang seluas lautan ini, khususnya dosaku menceroboh blog kekasih hatiku ini. Ya Allah, gembirakanlah dia disetiap waktu.... (tiba-tiba Mr. Owl sebak pulak)  :'(

Rabbana Taqabbal Minna Bi Hurmati wa Bi Sirril Fatihahh...
Aminnn...



Hanna.... Mr. Owl minta maaf sebab lambat wish birthday n ceroboh blog Hanna...
Sebenarnya Mr. Owl terbaca post Hanna 3 November tu, betapa banyaknya wish hana buat semata-mata untuk Mr. Owl yang tidak mengenang budi ni... perghhh... tak guna punya Owl...  >.<

Jadi Mr. Owl ceroboh ni bukan ape, sebab nak minta maaf, n nak post balik macam tu, cuma maaf lah sebab Mr. Owl tak ade phone yang canggih yang banyak App untuk buat macam tu, yang ni je yang mampunya... hahaha.. ;)



Thanks for your Du'asss....
In Sha Allah, i will never forget my Wardah....


Btw, kenapa lah sedih-sedih ni???
Kan dah janji jangan sedih-sedih lagi.....
Hanna kan kuat.... ??



Haaaaa.... Cubalah ikut macam Minion yang comel ni, senyum je kerjenye.... hahaha... ;)
Mr. Owl minta maaf ye sebab ceroboh blog Hanna ni...

Lastly, Thanks for Everythings and Sorry for Something....

Byeee....
Semoga Cinta Allah sentiasa bersama-Mu.
Aminnnn



Wednesday, 13 November 2013

Misr 4 : My First Tears..


It has been a long time I didn't feel like this. From the first day I reach here I didn't cry. But yesterday, my tears fall for no reason. And it can't stop until now. Ya Allah, berikan aku kekuatan. Berikan aku ketenangan. Ketenangan yg hakiki. Sikit2 nangis. Childish. Ugh.

Urm. Lately ni hana asyik rase x sedap hati. Risau, bimbang, n tetibe keluar air mata. Even each time after I've done my prayers, I'll cry. Hari ni hana cm xde mood nk bercakap dgn cpe2. N yes, I keep being silent as much as I can. Silence Is Better Than Words, right?

Kinda something will happen. But what? Pray and hope that there's nothing bad will happen. Amiin. Mungkin ni cuma perasaan hana. Kan org kate jgn bermain dgn perasaan sgt. Hmm. So, jgn pelik n tanye lau skrg ni hana cm moody. Senyap je, ta bercakap, ta gelak n suke bersendirian. Perubahan hormon mungkin. Huhu.

However, if something happen to me, I want to say sorry and apologize to all of u for the mistakes that I have been done. Hana minta maaf sgt2, hana byk bt salah silap. Halalkan semua makan minum hana, semua yg korg bg kt hana baik dr segi ilmu, harta benda, n smua lah. Ana Uhibbukum Fillahi Taala. 

~ Kalau ade rezeki n umur yg panjang, kita jumpa agy ea. InsyaAllah. La Tahzan. Innallaha Ma'ana. 


Please Don't Cry. Keep Smiling!

Tuesday, 5 November 2013

Sunday, 3rd November


Dear You, Stranger.

Today is your 17th birthday. Happy Birthday! May Allah always bless, guide, ease and love you. Best wishes for you in your SPM. Be focus. Be strong. Be cool. And be happy. Hope to see and meet you someday, somehow. InsyaAllah.

From me to the birthday boy. Sweet Seventeen eh? :P

via ColourNote

*****

Happy Birthday Mr. Owl

May Allah always bless, guide, ease and love you. Good luck and all the best in your life, dear stranger. Be strong. Be happy. Be cool.

Via S Planner

*****

Dear Birthday Boy, sweet seventeen eh? Wishing you good luck and all the best in your SPM and life. We'll meet again someday, InsyaAllah. Pray for your wardah, k? ;)

via Calendar

*****

Happy Birthday awak. Moga panjang umur, murah rezeki, dan sentiasa berada di bawah lindungan dan keberkatan-Nya. Good luck, buat leklok tuk SPM awak.

Via Message

*****

Via Cymera

Nahhh.. Hahaha.. Semua apps yg bleh bt wishes hana tulis.. Calendar, Planner, Notes.. Not to forget message.. But saves as a drafts is enough for me.. And at each phone I have.. Note'mini ( yg celopnye >.< ), Samsung GT-E1205T ( beli kt Mesir sebab takut gune smartphone kononnya. X gune da pn sbb xley nk whatsapp. -_- ) and Samsung S4 Zoom ( a gift from my dad a day before I fly. Thanx ayahh!! ^-^  )

~ hq <3


Friday, 1 November 2013

Misr 3 : Here I Am!


Alhamdulillah. Hana da seminggu kt Alexandria. Mcm x caye je. Huhu. Actually, sebelum sampai sini ade dugaan jugak. But, it doesn't change my mind and thought instead, giving me strength to face any challenges. Yela, sebelum ape2 pn, Mesir cam huru-hara. Mmg bley kata peluang tipis sgt la utk further study. Byk la ujian datang jenguk hana. Even before fly pn ade je ujian tu say hi2 bye3. Layan jela. Tetamu kan. Bkn senang dye nk dtg ziarah kita n tegur kita. Kan tu tandanya Allah sayang kita. ;)

Anyway, nk cte sal kejadian kt airport yg bakal meninggalkan memori bermakna bt hana, InsyaAllah. Alkisahnya begini, flight Egypt Air hana punye tu de technical problem n it causes the flight to delay. Da la delay sehari. Nasib baik dye bg penginapan seharian tu. N we're stay at the 5 star hotel. Mmg best arr. Bkn sng nk tdo hotel 5 bintang free2 gitu je. Tp pas kene duk kt airport tu dlm 3 jam kot. ke 5?  Hmm. Ntahh.

Then, parents hana nk dtg la blik klia sbb kte delay an. Pdhal dyorg da balik umah da time tu. Umah hana jauh dr klia. Dkt pahang tuu. Huhu. Tunggu punye tunggu, last2 x sempat nk jumpa. Time tu parents hana da dkt klia da pn. Sedihh kott. Tp sblum tu ibu da kte lau ade rezeki jumpa tu jumpa la. Upenye xde rezeki. Huhu. Pastu waktu ibu call tu hana nngis. Sedih la bt penat je family dtg skali xdpt jumpa. Hikhik. Smlm tu wktu nk brtolak x nngis pn. Ok da, xnk cte sal nnges2. Sbb, Hana da happy ngn life hana skrg.

Pd asalnya kan naik Egypt Air, tp kne tukar plak naik Ettihad Airlines. Bygkn laa luggage da masuk dlm cargo Egypt Air tu. So, wktu da smpai airport Cairo tu, ktorg semua kne tunggu luggage plak sbb flight Egypt Air lmbt. X pasal2 kne tungu lg 3 jam pg2 buta tu. Huhu. Tp okela sbb merasa transit kt Abu Dhabi. Hehe. Lau naik Egypt Air, transit kt Bangkok je. 

On our way to Alexandria, hana tertidur dlm van. Hahaha. Penat sangat. Xdpat da nk tahan mata tgok scenery. Sebelum tu call ibu dulu. Bru ckp x smpai 5 minit da habis topup. Kui3. Then, sampai la dgn selamat nya kt rumah ktorg yg letaknya dkt dgn laut. All Praise Be To Allah. Percayalah, di sebalik kepahitan yang dilalui pasti akan tersemat walau secebis kebahagiaan. Kenapa hana ckp cmtu? Sbb hana sendiri da ade cukup bukti n ia berlaku pd diri hana sendiri. Jadi, Bersangka Baiklah !