Sememangnya, dugaan takkan pernah hilang selagi mana seorang insan masih bisa berdiri di bumi Allah ini. Kerna dunia ini hanyalah satu persinggahan, di mana hamba-Nya bakal diuji. Apa masih mampu untuk terus bangun, berdiri dan terus berlari walau jatuh tergelincir, tersadung mahupun tersungkur untuk kesekian kalinya. Untuk tetap maju dan mara menuju destinasi seterusnya. Dan sudah pasti ia punya jalan yang sempit, gelap, dipenuhi jerangkap dengan penuh berliku, berlubang lagi berbukit. Pasti, ia tidak semudah yang disangka. Perit. Sukar. Rumit. Perlu banyak waktu. Mesti punya masa. Harus ada usaha.
Lumrah. Andai ada yang berputus asa. Terus berhenti. Tewas. Sedang perjalanannya hanya berbaki satu jam sahaja untuk tiba. Atau hanya tinggal satu kilometer. Boleh jadi satu meter. Satu langkah mungkin. Rugi bukan? Bisa jadi satu penyesalan hingga akhir hayat. Sekiranya dia tahu dan mampu untuk bersabar buat sedikit sahaja lagi dan tetap dengan jalannya, sudah tentu kesusahannya bakal terbayar, kepayahannya bakal tertebus, keletihannya bakal terhapus. Tiada kekecewaan. Apa lagi air mata kesedihan. Yang ada hanya kejayaan. Kepuasan. Mungkin juga tangisan kegembiraan.
Namun, sekali lagi ingin aku tegaskan. Bukan senang. Payah. Juga sakit. Sangat. Harus sentiasa kuat. Mental dan fizikal. Rohani juga jasmani. Akal jua minda. Hati serta iman. Itu pun jika tidak mahu tumpas. Sebaliknya terus bangkit. Bermusuh dengan syaitan. Berperang dengan nafsu. Melawan kebatilan. Dalam diri. Agar tidak gugur. Risau terleka. Bimbang terlena. Alpa.
~ Allah.. Mohon dikuatkan hati dan diri ini.. Walau mungkin tidak tertahan olehku, namun Kau tahu aku mampu.. Ku mohon petunjuk-Mu atas setiap tindakan ini..

No comments:
Post a Comment