Delcious IcecreamDelcious Icecream

Friday, 31 January 2014

Tears...

Tears,
It doesn't mean that I'm fears,
Just wanna make my eyes clear,
And need someone ears to hear,
To make myself even stronger,
But it's hard to find it proper,
Even it is my own best peer, 
Really can't find it here,
Coz the one I prefer,
Is only you, dear.

I really need you now.. And I don't know why.. It just strange to share something with a stranger.. But you're the one who stay beside me before.. The time when I feel very down till I burst my tears 'in front' of you.. Even we doesn't know each other yet.. Weird.. How it's so easily for me to accept you? And how it's so easily for you to approach me? Strange eh stranger? Urm.. Thanks for being there when I don't need anyone else.. Thanks for making me feel special to everyone.. Thanks for spending, having and wasting time with me.. Thanks for everything and anything.. 


Tuesday, 28 January 2014

Langit Itu...

Langit itu,
Indah terhampar luas,
Tenang dihiasi awan bak kapas,
Dengan sinaran mentari panas,
Terkadang dicurahi hujan gerimis,
Datangnya rahmat dalam tangis,
Disusuli senyum pelangi manis.


Kau tahu kan betapa aku suka akan langit itu. Sentiasa berubah tapi masih di bawah Cinta Yang Satu. ♥


Monday, 27 January 2014

Brain Analysis

Lately ni, teringin sangat nak mengenali diri dengan lebih dekat.. Hahah.. Nmpk x selame ni x bpe nk kenal diri sendiri.. >.< Jadi, hana pn main la quiz kt internet.. Right brain or left brain test.. Actually sebelum ni ade join stu seminar ni.. Dlm seminar tu ade da bt quiz ni n result dye hana is a strong right brain person.. Dan hana sgt pelik memandangkan hana bukanlah seorang yg left-handed.. Cuz hana prnh terbaca byk kali yg mostly right-handed is a left-brain person and vice versa.. So, what happen dgn hana? Hahah.. Misteri di situ.. Makanya utk menguatkan lagi kesahihan keputusan test hari tu, hana pn nk try la lg.. Mne tau tersilap ke kan.. Namun, setelah brmacam-macam test hana bt semuanya menunjukkan yg hana dominan kpd otak kanan.. Hahah.. Antara ciri2 insan yg menggunakan lebih otak kanan ni ialah :-

  • Creative thinker.. Ni kes imaginasi tinggi sgt.. Tula.. Byk tgok cter kartun agy..
  • Emotional.. Ini tidak dpt dinafikan.. Mohon jgn bermain-main dgn perasaan hana..
  • Artistics.. Like drawing, writing, musics and prefer to express thru it.. Yeah!!
  • Unorganized.. Hehe.. Patutla ibu asyik nk marah je kalau msuk bilik hana.. Wuu~
  • Doesn't like schedules and time limits.. No wonder hana x prnh nk ade jadual sendiri..
  • Psychic? That's why, sometimes rse cm ade sixth sense.. Ahahah.. Takut x?
  • Unpredictable.. Mungkin.. Tgh happy2 ttbe bleh jd series.. N people will ask.. 
  • Dreamy.. Yaa.. Sebab itu hana selalu hilang fokus.. Ntah ble jd knyataan pn xtau..
  • Athlets? Haa.. Yg ni mmg nipu la kan.. Xtau la plak kalau ade bakat terpendam.. Ahaks~

Enough hana enough.. Tu je yg mampu disenaraikan.. Ingin tahu lebih lanjut? Encik Google kan adaa.. Hahah.. Cm iklan ape je.. Btw, yg best nye kan ttibe ade statement ni.. 

" Science? Boring? "

Weyhh.. da tu cmne hana bleh amik Medic ni.. Aduiyayy.. Ni yg bt cuak ni.. Tp kalau diikutkan pn mmg hana x suke sgt pn especially Cik Biologi kite.. Muahahah.. Tu yg kne struggle lebih ckit kt cni.. Tp, dh kte pn dreamy kan.. Berangan je la tau nye.. Da la ade gak statement ' Can't stand with long lectures n will easily get bored '.. Ha'ah kan.. Tu yg sokmo hilang fokus tu.. Kui3.. Luckily ade gak yg menaikkan semangat walaupun ckit je kan.. See..


" You tell stories well, so write some! "

 " Finish things! You have so much talent, but you don’t always complete things. "

" You have great instincts and survival skills. If you study hard, you might be a finalist on Survivor one day! "



Oke da.. Tu je yg boleh hana share.. Huhu.. Skrg, hana nk start study plak.. Tak kisah la even right brain person x suka sains pn, hana yg right brain ni dah pn ambik course sains yg sgt mencabar kekuatan mental dan fizikal hana.. Walaupun byk sgt ujian yg melemahkan hati dan perasaan ini, hana akan cuba utk atasi semuanya.. Hana kan kuat.. Urmm.. Dan hana tau, Allah sentiasa ada untuk bantu hana bila hana lemah.. Lagi2 ble Dia da campak hana jauh2 n sorg2 kt bumi anbiya' ni.. Kan Allah lebih tau apa yg terbaik utk hana.. Jgn sedih2.. Yg penting Lillahi Ta'ala.. Ganbatte Hana-san! 

~ Written by A Right Brain Medical Student. HanaQiela The Doctor To Be.



Saturday, 25 January 2014

Happy Birthday Ibu !

25 Januari,
Seperti hari-hari lain,
Mungkin sama sahaja,
Tiada yang berbeza,
Namun tidak bagi aku,
Kerna pada tarikh ini,
Lahirnya seorang wanita,
Yang aku panggil IBU.

~ Ibu.. Terima kasih untuk segalanya.. Dari saat akak hadir hingga sekarang tidak boleh tidak akak susahkan ibu.. Bt ibu marah, risau, sedih.. Maaf.. Akak bukan anak yang baik.. Degil, keras kepala, kuat memberontak dan bermacam-macam lagi sifat akak yang banyak mengecewakan ibu.. Hanya ibu yang tahu.. Hmm.. Akak minta maaf sangat2.. Sekarang, akak rindu ibu.. Sayang ibu! :'(

Happy Birthday Ibu! Semoga panjang umur dan murah rezeki..  Semoga sentiasa berada di dalam rahmat, bimbingan, perlindungan dan cinta Allah.. >Mr. Owl<

Memories That Will Stay Forever, First Day at Medina.

Monday, 20 January 2014

Surat Cinta Dr. Love #1

Isnin - 13 Januari 2014 - 12 Rabiul Awal 1435H - 05.20 p.m - Cleopatra - Alexandria - Misr

-: قال ألله تعالى 
يآ أيها الذين ءامنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون
آل عمران : 200

Firman Allah Ta'ala :-
Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaranmu serta tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) di samping bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
Ali 'Imran : 200

Ni ayat last Surah Ali 'Imran ( surah ke-3 ).. Lepas ni Surah An-Nisa'.. The moment baca ayat tu, hana rasa cam ada something and perasaan yang membuak-buak utk tahu apa maksud ayat tu.. Tapi hana kena la baca terjemahan dia dari ayat first hana start dulu.. Then, bila sampai maksud ayat last tu, hana terdiam.. Terpaku.. Dibaca ayat tersebut berulang kali.. Lagi dan lagi.. Hingga akhirnya air mata mengalir laju di pipi.. Tanpa hana sedari.. Allah.. Patutlah rasa semacam.. Allah tegur hana rupanya.. Urm.. Terima kasih Allah.. Syukur.. Terkesan sangat.. 

Lepas tu, main phone jap n tgok fb.. Tetiba terjumpa status kawan hana yg share kawan hana lagi sorg punya gambar.. Senyap.. MARATIB AMAL.. Lagi.. Untuk kali ke-4.. 7 susunan yg disertakan dgn Muwasofat Tarbiyyah.. Allahu.. Gambar yg hana pernah nampak dlm phone akak SC (Smart Circle) tapi x berapa nk jelas skrg ada depan mata.. JELAS.. Dgn latar pink, tangga bertingkat-tingkat.. N atas tu ada kotak kecik tentang sifat2 didikan diri.. Ingat lagi waktu mula2 jumpa Maratib Amal, SC.. 2nd, sharing kt umah seniors n the 3rd, status fb.. 

~ Pelik.. Apa yang Dia nak bagitau hana ni sebenarnya? 4 kali da berkenaan perkara sama dalam masa terdekat.. Everything Happens For A Reason.. Dia xkan buat sesuatu tu sia2 dan tanpa ada tujuan.. Hmm..

- Sampai hari ini, actually da 5 kali.. Urm.. :')


Rindu.. Sangat.. Tak tahan.. Nak nangis.. T-T

Thursday, 16 January 2014

...

Sememangnya, dugaan takkan pernah hilang selagi mana seorang insan masih bisa berdiri di bumi Allah ini. Kerna dunia ini hanyalah satu persinggahan, di mana hamba-Nya bakal diuji. Apa masih mampu untuk terus bangun, berdiri dan terus berlari walau jatuh tergelincir, tersadung mahupun tersungkur untuk kesekian kalinya. Untuk tetap maju dan mara menuju destinasi seterusnya. Dan sudah pasti ia punya jalan yang sempit, gelap, dipenuhi jerangkap dengan penuh berliku, berlubang lagi berbukit. Pasti, ia tidak semudah yang disangka. Perit. Sukar. Rumit. Perlu banyak waktu. Mesti punya masa. Harus ada usaha. 

Lumrah. Andai ada yang berputus asa. Terus berhenti. Tewas. Sedang perjalanannya hanya berbaki satu jam sahaja untuk tiba. Atau hanya tinggal satu kilometer. Boleh jadi satu meter. Satu langkah mungkin. Rugi bukan? Bisa jadi satu penyesalan hingga akhir hayat. Sekiranya dia tahu dan mampu untuk bersabar buat sedikit sahaja lagi dan tetap dengan jalannya, sudah tentu kesusahannya bakal terbayar, kepayahannya bakal tertebus, keletihannya bakal terhapus. Tiada kekecewaan. Apa lagi air mata kesedihan. Yang ada hanya kejayaan. Kepuasan. Mungkin juga tangisan kegembiraan.

Namun, sekali lagi ingin aku tegaskan. Bukan senang. Payah. Juga sakit. Sangat. Harus sentiasa kuat. Mental dan fizikal. Rohani juga jasmani. Akal jua minda. Hati serta iman. Itu pun jika tidak mahu tumpas. Sebaliknya terus bangkit. Bermusuh dengan syaitan. Berperang dengan nafsu. Melawan kebatilan. Dalam diri. Agar tidak gugur. Risau terleka. Bimbang terlena. Alpa. 

~ Allah.. Mohon dikuatkan hati dan diri ini.. Walau mungkin tidak tertahan olehku, namun Kau tahu aku mampu.. Ku mohon petunjuk-Mu atas setiap tindakan ini.. 


Wednesday, 15 January 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H



Sungguh, 
Aku merinduimu,
Walau kau telah lama pergi,
Ingin sekali aku menatap wajahmu,
Namun aku tahu,
Bahawa diri ini takkan pernah layak,
Apatah lagi mendapat syafaatmu,
Penghulu bagi segala Nabi,
Insan mulia kekasih Allah,
Muhammad Rasulullah... 


♥♥♥

~ Hanya doa juga selawat ku panjatkan agar dpt bersama kekasih-Mu di akhirat kelak.. Moga usaha kecil ini dipandang Allah..

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

~ 13 Januari 2014
~ 12 Rabiul Awal 1435H
~ Isnin



Sunday, 5 January 2014

Syukur..

Syukur,
Tiap yang terlintas di minda ini,
Baik yang terdetik di hati,
Jua apa yang bibir lafazkan,
Pasti Allah kabulkan,
Bakal dipermudahkan.

Syukur,
Cita-cita dan impian,
Harapan serta keinginan,
Bukan sekadar angan-angan,
Bahkan menjadi kenyataan,
Segalanya dikotakan.

Syukur,
Atas segala rahmat-Nya,
Juga kurniaan dari-Nya,
Sungguh tak terhitung,
Langsung tak terbalas,
Limpahan nikmat-Mu ini.

Syukur...

~ Ya Allah, jadikan aku, hamba-Mu yang hina ini seorang insan yang sentiasa bersyukur kepada-Mu.. Terima kasih atas segalanya yang telah Kau berikan kepadaku.. Sungguh, Kau berikan apa yang aku perlu, bukan apa yang aku mahu.. Janji Allah itu pasti.. Moga aku tergolong dalam hamba-hamba Mu yang beriman dan mendapat syurga-Mu.. :')

# Nak kek, dapat kek..
# Nak nasi lemak, dapat nasi lemak..
# Nak nasi ayam, dapat nasi ayam..
# Nak nasi kerabu, dapat nasi kerabu..
# Nak keropok, dapat keropok..
# Nak lolipop, dapat lolipop..
# Nak tengok full moon, dapat tengok full moon..
# Nak tengok sunset, dapat tengok sunset..

Allah~ Sungguh Kau Maha Mendengar.. Apa yang aku inginkan, Kau kabulkan..