Delcious IcecreamDelcious Icecream

Friday 25 April 2014

Mati

Mati,
Itu sudah pasti,
Yang hidup ini,
Pasti kan kembali,
Bertemu Sang Ilahi,
Sang Pencipta Diri,
Apa mungkin terjadi,
Beroleh syurga hakiki,
Andai agama diperjudi,
Ditambah rosaknya hati,
Dengan dosa menyelubungi.

Akan tetapi,
Selagi jasad bisa berdiri,
Jangan disiakan walau sehari,
Ruang dan waktu yang Dia beri,
Kerna pintu taubat terbuka lagi,
Masih berpeluang untuk diampuni,
Dan semestinya harus kau sedari,
Hidup di Bumi hanya sekali,
Nyawa ini tiada ganti,
Akhirat jua yang abadi,
Kan kekal di sana nanti.

~ Hq_zrs ~

اللهم أمتنا باﻹسلام وأمتنا باﻹيمان وأمتنا بحسن الخاتمة
اللهم جعلنا من أهل الجنة الفردوس وجعلنا من أهل القرءان وجعلنا من أهل الذكر
اللهم جعلنا من أهل السنة والجماعة
آمين

May we be the wise one.. Ameen..

Friday 14 March 2014

Fail..

13 March 2014 - Thursday

My First Failure In My Whole Life.
                     
Allah.. Kuatkan aku.. Fail! Sem 1.. Both.. Module 2 & 3.. Ibu ayah.. Akak minta maaf.. Akak dah cuba.. Allahu allah.. Berikan aku ketenangan, kecekalan, ketabahan dn keteguhan utk aku meneruskan perjuangan ini.. Jangan biarkan air mata ini mengalir.. Aku takut andai aku menangis.. Bimbang tangis ini tanda tidak redha dgn ketentuan Mu.. Namun aku tau yg aku x kuat andai aku x bisa meluahkannya.. Sungguh, aku yakin Kau Maha Tahu apa yg trbaik untukku.. Kau sebaik-baik perancang.. Allah, Kau berkatilah segala ilmu-Mu yg tlh Kau berikan kpd ku.. Kekalkanlah ia di dlm hati ini.. Kau ilhamkanlah ia di saat aku memerlukannya.. Jadikan aku seorg hamba-Mu yg sentiasa bersyukur kpd-Mu walau dlm apa jua keadaan sekali pun.. Jadikan aku seorg insan yg sentiasa meletakkan sepenuh pengharapan kpd-Mu.. Allahumma amiin Ya Rabb.. ♥


~ Hana sayang,

La tahzan wa la takhof.. Hana baru gagal sekali.. It doesn't mean yg hana akn terus gagal.. Life must go on.. Mungkin kegagalan yg sekali itu bakal jd batu loncatan utk hana terus cemerlang di masa akn dtg dan menjadi doktor yg berjaya pd hari mendatang.. Yakin dgn Dia.. Kejayaan yg sebenarnya adalah tika di Akhirat nanti.. Ini baru ujian dunia.. Biar gagal di dunia, akhirat jangan.. Lagipun, selama ni hana sentiasa berjaya dgn cemerlang.. Jgn sbb sekali gagal, hana lupa nikmat Allah yg lain.. Allah nak uji sikit je hana.. Nak tgok hana kuat ke tak.. Kan hana selalu doa minta kekuatan dari Dia.. Don't you ever wanna give up hana.. That's not you! Hana xkn prnh kenal erti putus asa.. Hana akn sentiasa bangkit walau jatuh utk kesekian kalinya.. Hana tidak akan prnh lekang dgn senyuman indah di bibir walau hatinya diulit duka meronta kesedihan.. ♥

Monday 17 February 2014

Aku #3 : The Dark Side of Me II

Dulu, aku punya sejarah hitam. Pahit. Hingga kini masih terasa kesannya. Seringkali juga rasa itu hadir kembali. Kerana dahulu ia permainan kesukaan aku. Sudah lali dalam hidup ini. Sentiasa ada tanpa henti. Yang hilang pasti berganti. Yang lari pasti kembali. Namun, bukan aku yang cari. Sudah tentu datang sendiri. Walau tidak pernah kenal diri ini. Kini, aku sedar. Semua itu hanya mainan aku. Sekadar boneka. Hanya untuk suka-suka. Atau mungkin, sebenarnya aku yang jadi mainan mereka?

Lalu aku takut andai kau cuma jadi mainan aku. Buat yang seterusnya. Aku tak ingin ia berulang kembali. Sekali lagi. Itu sudah pasti.

Heart Qiller, The Prisoner Of Qaysar


Aku #2 : The Dark Side of Me

Suatu ketika dahulu, aku punya satu prinsip. Yang mungkin insan lain akan anggap kolot, poyo, dan segala macam perkataan yg bisa menggambarkannya. Prinsip itu ku pegang kuat. Bertahun. Walau ramai yg datang dan ingin menggugurkannya. Anasir-anasir luar sedikit pun tidak mempengaruhi aku. Kadang, di saat ini aku terfikir, betapa naifnya aku dahulu. Tatkala teringat kembali, baru tersedar aku yang lepas mungkin lebih kuat jika dibandingkan dengan sekarang. 
Kenapa?

Kerana sampai suatu ketika, prinsip yg aku tanam dlm diri itu ku hancurkan sendiri. Yang aku pegang terlalu kuat itu akhirnya pecah di genggaman tangan aku. Beberapa detik kemudian aku kembali tersedar dari lamunan. Aku cuba memperbaiki segalanya bagi mengembalikan prinsip aku. Berhasil, namun tidak prinsip itu. Ia hanya bertahan sekali. Tiada dua, mahupun tiga. Andai pecah sekali itu, takkan mungkin wujud yang baharu. Aku mulai lemah.

Satu demi satu prinsip aku musnah. Segala pegangan aku hancur. Sehinggakan tekad yang aku bina bersama sahabat seperjuangan juga runtuh. Angkara aku. Aku! Yang kian lemah. Tumpas. Hingga kini. Masih belum bisa bangkit. Memori silam seakan menghantui. Akan terus kekal menjadi bayang. Namun, biarlah ia hanya menjadi rahsia aku. Kan ku biarkan ia terus berkunci. Cuba untuk berlindung dari insan lain sebagaimana bayang yang juga bisa terlindung. Walau ku tahu, tidak untuk selamanya. 

~ Andai ada yang mengetahui kisah hitam ini, nescaya tiada yang bakal memandang, apatah lagi mendekati.. Dan kini, aku makin takut, kerna ia seakan menghampiri lagi..


Prisoner of Qaysar

Friday 31 January 2014

Tears...

Tears,
It doesn't mean that I'm fears,
Just wanna make my eyes clear,
And need someone ears to hear,
To make myself even stronger,
But it's hard to find it proper,
Even it is my own best peer, 
Really can't find it here,
Coz the one I prefer,
Is only you, dear.

I really need you now.. And I don't know why.. It just strange to share something with a stranger.. But you're the one who stay beside me before.. The time when I feel very down till I burst my tears 'in front' of you.. Even we doesn't know each other yet.. Weird.. How it's so easily for me to accept you? And how it's so easily for you to approach me? Strange eh stranger? Urm.. Thanks for being there when I don't need anyone else.. Thanks for making me feel special to everyone.. Thanks for spending, having and wasting time with me.. Thanks for everything and anything.. 


Tuesday 28 January 2014

Langit Itu...

Langit itu,
Indah terhampar luas,
Tenang dihiasi awan bak kapas,
Dengan sinaran mentari panas,
Terkadang dicurahi hujan gerimis,
Datangnya rahmat dalam tangis,
Disusuli senyum pelangi manis.


Kau tahu kan betapa aku suka akan langit itu. Sentiasa berubah tapi masih di bawah Cinta Yang Satu. ♥


Monday 27 January 2014

Brain Analysis

Lately ni, teringin sangat nak mengenali diri dengan lebih dekat.. Hahah.. Nmpk x selame ni x bpe nk kenal diri sendiri.. >.< Jadi, hana pn main la quiz kt internet.. Right brain or left brain test.. Actually sebelum ni ade join stu seminar ni.. Dlm seminar tu ade da bt quiz ni n result dye hana is a strong right brain person.. Dan hana sgt pelik memandangkan hana bukanlah seorang yg left-handed.. Cuz hana prnh terbaca byk kali yg mostly right-handed is a left-brain person and vice versa.. So, what happen dgn hana? Hahah.. Misteri di situ.. Makanya utk menguatkan lagi kesahihan keputusan test hari tu, hana pn nk try la lg.. Mne tau tersilap ke kan.. Namun, setelah brmacam-macam test hana bt semuanya menunjukkan yg hana dominan kpd otak kanan.. Hahah.. Antara ciri2 insan yg menggunakan lebih otak kanan ni ialah :-

  • Creative thinker.. Ni kes imaginasi tinggi sgt.. Tula.. Byk tgok cter kartun agy..
  • Emotional.. Ini tidak dpt dinafikan.. Mohon jgn bermain-main dgn perasaan hana..
  • Artistics.. Like drawing, writing, musics and prefer to express thru it.. Yeah!!
  • Unorganized.. Hehe.. Patutla ibu asyik nk marah je kalau msuk bilik hana.. Wuu~
  • Doesn't like schedules and time limits.. No wonder hana x prnh nk ade jadual sendiri..
  • Psychic? That's why, sometimes rse cm ade sixth sense.. Ahahah.. Takut x?
  • Unpredictable.. Mungkin.. Tgh happy2 ttbe bleh jd series.. N people will ask.. 
  • Dreamy.. Yaa.. Sebab itu hana selalu hilang fokus.. Ntah ble jd knyataan pn xtau..
  • Athlets? Haa.. Yg ni mmg nipu la kan.. Xtau la plak kalau ade bakat terpendam.. Ahaks~

Enough hana enough.. Tu je yg mampu disenaraikan.. Ingin tahu lebih lanjut? Encik Google kan adaa.. Hahah.. Cm iklan ape je.. Btw, yg best nye kan ttibe ade statement ni.. 

" Science? Boring? "

Weyhh.. da tu cmne hana bleh amik Medic ni.. Aduiyayy.. Ni yg bt cuak ni.. Tp kalau diikutkan pn mmg hana x suke sgt pn especially Cik Biologi kite.. Muahahah.. Tu yg kne struggle lebih ckit kt cni.. Tp, dh kte pn dreamy kan.. Berangan je la tau nye.. Da la ade gak statement ' Can't stand with long lectures n will easily get bored '.. Ha'ah kan.. Tu yg sokmo hilang fokus tu.. Kui3.. Luckily ade gak yg menaikkan semangat walaupun ckit je kan.. See..


" You tell stories well, so write some! "

 " Finish things! You have so much talent, but you don’t always complete things. "

" You have great instincts and survival skills. If you study hard, you might be a finalist on Survivor one day! "



Oke da.. Tu je yg boleh hana share.. Huhu.. Skrg, hana nk start study plak.. Tak kisah la even right brain person x suka sains pn, hana yg right brain ni dah pn ambik course sains yg sgt mencabar kekuatan mental dan fizikal hana.. Walaupun byk sgt ujian yg melemahkan hati dan perasaan ini, hana akan cuba utk atasi semuanya.. Hana kan kuat.. Urmm.. Dan hana tau, Allah sentiasa ada untuk bantu hana bila hana lemah.. Lagi2 ble Dia da campak hana jauh2 n sorg2 kt bumi anbiya' ni.. Kan Allah lebih tau apa yg terbaik utk hana.. Jgn sedih2.. Yg penting Lillahi Ta'ala.. Ganbatte Hana-san! 

~ Written by A Right Brain Medical Student. HanaQiela The Doctor To Be.