Delcious IcecreamDelcious Icecream

Monday, 17 February 2014

Aku #2 : The Dark Side of Me

Suatu ketika dahulu, aku punya satu prinsip. Yang mungkin insan lain akan anggap kolot, poyo, dan segala macam perkataan yg bisa menggambarkannya. Prinsip itu ku pegang kuat. Bertahun. Walau ramai yg datang dan ingin menggugurkannya. Anasir-anasir luar sedikit pun tidak mempengaruhi aku. Kadang, di saat ini aku terfikir, betapa naifnya aku dahulu. Tatkala teringat kembali, baru tersedar aku yang lepas mungkin lebih kuat jika dibandingkan dengan sekarang. 
Kenapa?

Kerana sampai suatu ketika, prinsip yg aku tanam dlm diri itu ku hancurkan sendiri. Yang aku pegang terlalu kuat itu akhirnya pecah di genggaman tangan aku. Beberapa detik kemudian aku kembali tersedar dari lamunan. Aku cuba memperbaiki segalanya bagi mengembalikan prinsip aku. Berhasil, namun tidak prinsip itu. Ia hanya bertahan sekali. Tiada dua, mahupun tiga. Andai pecah sekali itu, takkan mungkin wujud yang baharu. Aku mulai lemah.

Satu demi satu prinsip aku musnah. Segala pegangan aku hancur. Sehinggakan tekad yang aku bina bersama sahabat seperjuangan juga runtuh. Angkara aku. Aku! Yang kian lemah. Tumpas. Hingga kini. Masih belum bisa bangkit. Memori silam seakan menghantui. Akan terus kekal menjadi bayang. Namun, biarlah ia hanya menjadi rahsia aku. Kan ku biarkan ia terus berkunci. Cuba untuk berlindung dari insan lain sebagaimana bayang yang juga bisa terlindung. Walau ku tahu, tidak untuk selamanya. 

~ Andai ada yang mengetahui kisah hitam ini, nescaya tiada yang bakal memandang, apatah lagi mendekati.. Dan kini, aku makin takut, kerna ia seakan menghampiri lagi..


Prisoner of Qaysar

No comments:

Post a Comment